Ya.Ya.Ya. Halu.. :P Memandangkan Cek Pina kita nie suruh buat 25 perkara tentang aku. Jadi,akupatuh pada arahan. Aicheh !! Okie.. Aku tengah cari idea jugak nie. Samapi 25 perkara. Kat mana kami nak cari noh ?? Erm. X pa2. Copy kt Cek Pina jugak larr camnieyy.. :') Dah la kami baru balik dari Negeri Sembilan,Kuala Lumpur.. Sian kami.. Balik-balik kena buat assignment.. Haha.. Assignment la plak sudah !! Memandangkan juga esok aku nak pi Bukit Mertajam.. Aku kerja nya asyik berjalan..
1. Nama aku, Iman binti Shafei. Panggil kami Iman. Tapi, kt sekolah. Budak lelaki panggil kami Piie sebab nama ayah kami Shafei. Huhu. Sian kami. Kadang-kadang kami marah jugak kt depa tuh. Kadang-kadang sabar ja.
2. Kami nie comei orang dia. Nak kata ramai peminat... Tak jugak. Nak kata tak,ramai jugak.. Apa2 ja la. Kami tak kesah sangat. Asalkan kami comei. :)
3. Kami kuat perasan. Tapi,memang kenyataan kan kami comei ? Hehe. Tengok! Kami dh perasan dah.
4. Kami hantu FaceBook ataupun MukaBuku. Walaupun kami baru balik dari mana-maan ja. Balik-balik ja,kami terus bukak FB. Hehe. Tapi,hampa jangan salah sangka pulak noh.. Mengaji tetap dihati kami. No. 1 tuh.. Hehe. Kami ingat jugak nak mengaji. Bukan FB ja,tau!
5. Kawan baik kami, yang mula-mula, Najwa. Kedua, Afina. Ketiga, Eza. Keempat, 7L. Erm. Nie la kawan baik kami. Kira top ten la depa nieyy.. Hehe
6. Hampa nak tau ka hobi kami ? Hobi kami, Mengaji,Main FB,Makan dan tidoq. Tapi,kami paling sukanya ialah... TIDOQ !! Dia akan merehatkan otak dan menghilangkan tensen!! Hehe. Ya la sangat !!
7. Kami nak jadi doktor. Tapi,kami tak tere sangat. Kami nak jadi doktor nie pon sebab best ! Boleh dapat pahala banyak. Sebab tolong orang ! :)
8. Kami suka tengok semua rancangan yang dipaparkan kat televisyen. He3. Satgi kami nak tanya hampa sesuatu. Tunggu noh.
9. Kami nak bagitau hampa nieyy.. Kalau hampa kawan dengan Eza ataupun dengan Farhana,mesti hampa akan terkena satu jangkitan virus nie. Iaitu. Jeng-jeng-jeng !! Minat KOREA. Kami dah terkena dah jangkitan tu. Kami minat Super Junior. Kami minat Lee Sungmin. Hehe.
10. Sesungguhnya kami tak suka bila orang nie dia tunjuk power. Pastu,tunjuk gedik la. Tak habih-habih. Kami benci lar. Kami suka orang yang normal ja. Macam kami :)
11. Pastu,kami suka copy dan paste kat blog orang.. Kalau blog tuh,blog yang cun,kami suka bukak blog tuh,dan copy la. Hehe. Salah satu daripada hobi kami :)
12. Yang nombor 12 nie,sama macam Cek Pina la noh.. Kami ada account Facebook,Friendster dan MySpace. Tapi,kami dah tak aktif kat FS dan MS. Sebab kawan-kawan kami aktif kat Facebook ja. Sebab tu lar,kami pon terjangkit dengan depa :) Ngee~
13. Peveret kami,makan coklat Daim,Ferrerorocher dan banyak lagi :) Coklat yang asalnya dari Langkawi :) Kampung kami kan kat Langkawi. Jadi,senang la kami nak beli coklat nie semua. Hehe. Kalau kami balik sana,hampa order la kat kami,noh ??
14. Kami nie selalu potpet kat skolah. Kami sekarang nie, dah jadi Minah PotPet. Hehe. Masa kami pi Muzium Perang haritu,kami jadi wartawan :) Najwa pulak jadi Photographer. Hehe.
15. Berat badan kami berubah. Masa kami darjah 2 kan,berta kami 16kg ja. Mai darjah 6, berat kami ** kg ouh.. Hehe. Tapi,tak berat sangat la. (tiru pina)
16. Semenjak dua menjak nie,ramai orang yang add kami. Kami kompem ja. Nak bagi banyak kawan. :) Kami nak lawan Pina, tapi, tak boleh kowtt.. Pina dah 1000 lebih dah. Kami benci :(
17. Kalau nak kawan dengan kami,janagan malu-malu. Jangan segan-segan. !! Hehe. Kami nie peramah orangnya. Hik,hik,hik.
18. Kalau bab-bab ber'couple' nie la yang kami tak suka. Kalau hampa semua mintak ber'couple' kan,kami awal-awal dah reject. Bagus,kan ? Contohilah kami. :)
19. Kami suka berjiwang. Kami mula berjiwang pada tanggal lupa haribulan lupa tahun 2009. Tahun lepas la. Kami berjangkit dengan Najwa. Hehe. Kalau kami tak jumpa dengan dia,mesti la kami tak berjiwa jiwang. Kih.Kih.Kih
20. Kami ada lima adeq-beradeq. Kami anak yang kelima. Kami manja. Kami ada 3 orang kakak dan 1 orang abang. Kami lah adeqnya. Hehe.
21. Kami suka berkongsi cerita dengan kakak kami. Tapi,bukan semua. Tapi,sorang ja. Namanya,orang yang bertuah ialah.. Insyirah. Kami panggil dia Syeerah. Kalau nak dapat info apa-apa pasai kami,temu ramah dia la. Jangan temu ramah kami. Kalau tanya kami jugak,kami akan kata, 'NO COMMENT'. Nie konon ja. Hehe.
22. Kami suka jadi GILA. Nie virus dari Afina Izzati. Tapi,kami lagi gila daripada dia.
23. Kami teringin nak dapat 5A dalam UPSR,9A dalam PMR,SPM ? Ikut subjek yang kami ambik la. :) Kami tak tau lagi tahap SPM macam mana.
24. Keputusan keluar 11.11.2010 Awat tak 2011 ja ? Haiyakk !! Hehe. Kami tulis pasal result nie pon sebab nak suruh hampa doa kt kami dengan kat kawan kami yang sedang ketaq mengeletaq nieyy.. Sama macam kami la.
25. Kami nak tanya soalan nieyy... Hampa perasan tak ? Kami tak tulih shortform pon. Tapi,ada la sikit-sikit yang tulih. Hehe. Akhirnya!! 25 dh siap! :)
Sekarang.. Tibalah masanya kita membuat cabutan bertuah.. Kita tengok sapa yang bertuah pada kali ini. :)
Fuhh !! Hampa yang bertuah nie, hampa pon kena buat apa yang aku tengah buat nie.. Ikowtt la cara dan gaya hampa noh ? Kami nak tengok nanti.. Selamat Mencuba! :)
Babai,
Iman Shafei ;)